Translate

VIDEO PERINGKAT KEBANGSAAN 2013, TARIAN RAMPAI, NYANYIAN SOLO DAN ACTION SONG

Jumaat, Disember 31

SESI PENDAFTARAN PRASEKOLAH PERMATA HATIKU

Ibu Bapa sabar menanti sesi taklimat dan lantikan JK Permuafakatan Waris bagi Tahun 2011. Kami mengucapkan ribuan terima kasih dengan kerjasama ibu bapa sepanjang sesi pendaftaran berlangsung..Sekiranya terdapat kelemahan di sepanjang proses tersebut kami memohon maaf dan insyaallah akan memperbaikinya pada masa akan datang...

Lantikan JK Permuafakatan Waris sedang berlangsung...

Tunggu kemasukan 2017 yea..:)



Jumaat, Disember 17

Fail-fail yang perlu ada di Prasekolah

Sebenarnya ramai di antara guru-guru tidak tahu apakah fail yag perlu ada di prasekolah..diharap sedikit input ini dapat dikongsi bersama yek...sumber http://prasekolahskdatomasud.blogspot.com. Menurut Puan Sarifah Ibrahim, terdapat juga fail-fail yang disediakan tetapi bergantung mengikut keperluan.



1.FAIL PANITIA - Senarai AJK/Carta Organisasi/Jadual Waktu/Sukatan dan Huraian Prasek/Ranc.Tahunan/Takwim/Carta Gantt/Surat Panggilan Mesyuarat/Minit Mesyuarat/Biodata Guru Prasek,PPM,Guru Pend.Islam

2.
FAIL PENGURUSAN PRASEKOLAH - Arahan-arahan/Pekeliling berkaitan

3.
REKOD PERKEMBANGAN MURID - Senarai Semak/Rekod Anekdot/Rekod Berterusan/Analisis Kajian 3M/Junior Kids Programme

4.
FAIL PERIBADI MURID - Salinan
 Surat Beranak/Kad Pengenalan Ibu Bapa,Penjaga/Rekod Kesihatan Murid/Sijil Sakit

5.
FAIL HASIL KERJA MURID - Individu dan Kumpulan (Pastikan disemak dan diberikan ulasan)

6.
FAIL PERMUAFAKATAN - Senarai AJK/Surat Panggilan Mesyuarat/Minit Mesyuarat

7.
FAIL PEMILIHAN MURID PRASEKOLAH - Senarai AJK (GB,PK1,PK2,PKko,Guru 
Prasek,Guru Pend.Islam,Guru Tahap 1)/Senarai Nama Murid dan Pendapatan Ibu Bapa,Penjaga/Surat Panggilan Mesyuarat/Minit Mesyuarat

8.
FAIL KEWANGAN - Jumlah Terimaan PCG (salinan disahkan)/Perbelanjaan,Pembelian(salinan disahkan)/Lawatan/Tajaan dll

9.
FAIL MESYUARAT/TAKLIMAT/KURSUS/SEMINAR - Surat panggilan/'Hands-out'

10.
FAIL STOK - Inventori (Borang Kew PA3 & Kew PA5)-Peralatan yang tidak perlu penyelenggaraan tetapi mesti ada pelupusan/Harta Modal (Borang Kew PA2 & Kew PA4)-Peralatan yang perlu penyelenggaraan berjadual/tidak berjadual yang perlu pelupusan/Peralatan Pejabat (Borang J3 & J4)-Peralatan pakai buang/(Borang Kew PA7)-Senarai peralatan modal dan inventori dalam kelas dan ditampal pada dinding

11. FAIL MEJA GURU PRASEKOLAH DAN PPM
12. BUKU REKOD PELAWAT
13. BUKU REKOD KELUAR MASUK MURID
14. BUKU REKOD PERGERAKAN GURU
15. BUKU REKOD PERGERAKAN PPM

Rabu, Disember 15

Kelas Baru yang akan beroperasi


Kelas Baru yang akan beroperasi....ALAMANDA

Setelah hampir 2 tahun beroperasi... kini Permata Hatiku berkembang pesat dengan pembukaan satu lagi kelas  yang menjadikan kesemuanya berjumlah 3 buah kelas prasekolah.Adalah dimaklumkan bahawa ketiga-tiga kelas ini telah mencukupi kuota murid yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu 1 kelas bersamaan dengan 25 murid.3 kelas bersamaan dengan 75 murid.Oleh itu, terdapat 2 kelas prasekolah yang menerima murid 6tahun dan sebuah kelas lagi adalah murid berumur 5 tahun. Kami amat mengharapkan pembukaan sebuah lagi kelas dapat memenuhi keperluan ibu bapa dan kanak-kanak untuk menuntut ilmu di Permata Hatiku....Insyaallah...kelas ke-3 akan memulakan operasi pada 3 Januari 2011...




Kelas IXORA....

Kelas Jasmin.....


Johan Sajak Karnival Pra Sekolah Putrajaya 2012

Tarian Rampai Tradisional Prasekolah Putrajaya

PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAM 2012 W.P PUTRAJAYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog

Pengikut