Salam 1 Malaysia, agak sibuk dengan pertandingan demi pertandingan dan admin berusaha untuk update blog dengan baik ya :)
Pada 4 Julai dan 11 Julai yang lalu...selesailah sudah 8 pertandingan yang diadakan di Karnival Mini Prasekolah W.P Putrajaya.. dan dari 8 pertandingan tersebut, SKPP 11(2) berjaya mendapat tempat dalam acara Mengeja Bahasa Inggeris, Bercerita Bahasa Inggeris dan Bercerita Bahasa Malaysia..alhamdullilah, berkat usaha murid , ibu bapa dan guru-guru kita berjaya memberi saingan kepada 10 buah sekolah di Putrajaya dan pada 18/7 juga terdapat 2 lagi pertandingan yang akan diadakan di SKPP 8(1) iaitu Pertandingan Bintang Idol dan Pertandingan Pakaian Beragam.
Berikut gambar-gambar sekitar pertandingan dijalankan...
Peserta Pertandingan Kreativiti dan Estetika...dari kiri Nurina Darwisyah , Wan Nur Aisyah Nadhirah, Mohd Syahmi dan Fakhrul. |
Guru-guru yang mengiringi peserta pertandingan. |
Imran B. Zainal Anuar berjaya mendapat tempat ke-3 dalam acara Mengeja Bahasa Inggeris. Tahniah dan Syabas!
Nur Adlyna Safyah dalam acara Membaca Bahasa Malaysia...
Guru-guru pengiring bergambar kenangan
Nur Adlyna Safyah berjaya mendapat tempat ke-2 dalam acara Bercerita Bahasa Inggeris..Tahniah dan Syabas!
Nur Khadeeja Humayra berjaya mendapat tempat ke-2 dalam acara Bercerita Bahasa Malaysia..Tahniah dan Syabas diucapkan.
Stefenna Hanta mewakili sekolah dalam acara Deklamasi Sajak
Nur Adlyna tersenyum menanti giliran
Nur khadeeja berdebar?
Credit to Puan L:ucy mummy Stefenna yg sanggup turun padang menyiapkan anaknya..TQVM
Penyampaian hadiah...dari Pegawai di JPWP
Para peserta bergambar kenangan...