Tekun menonton televisyen....agaknya ada tak ibu bapa yang merasakan 'laa.....p sekolah tgk tv je ke??' murid pun pandai, kalau cikgu tanya kenapa cikgu suruh tengok tv, dia orang akan jawab sebab cikgu nak suruh diam.....saya ingatla pernyataan ini sejak mereka berusia 4,5 tahun di tadika mana saya pun tak pastila sebab kebanyakkan mereka berumur 6 tahun maka 2 tahun ke belakang harus diambilkira juga :) jgn marah para ibu bapa ya...dan kalau tengok dari gambar ini memang betullah agaknya statement 'cikgu suruh diam'....
Berbalik pada tajuk entri...keperluan murid vs kehendak guru...guru minta murid belajar...tapi murid nampak boring, nampak tak bersemangat..sebagai guru nampaknya pada hari2 murid kurang nak bersemangat kenalah dahulukan keperluan mereka..contohnya menonton cerita kegemaran. Walaupun makna keperluan ini lebih kepada jika tiada keperluan seperti tempat tinggal, makan dan pakai maka sukarla kehidupan ini namun tidak di sudut pandangan kanak-kanak..kadang-kadang mereka perlu mengisi keperluan mereka untuk memenuhi kehendak guru itu tadi dan hakikatnya mereka hanya memerlukan 10 hingga 15 minit maksimum di depan tv..(gambar tersebut diambil seawal 5 minit pertama)
Memenuhi keperluan mereka, pada akhirnya mereka akan memenuhi kehendak guru..pendapat ibu bapa pula macamana? sebenarnya jika anak pulang ke rumah dan bercerita yang dia hanya tengok tv di sekolah sebenarnya hanya seawal 10 hingga 15 minit sahaja tetapi sebaliknya mereka lupa nak cerita selepas 10 hingga 15 minit kemudian... :)