Translate

VIDEO PERINGKAT KEBANGSAAN 2013, TARIAN RAMPAI, NYANYIAN SOLO DAN ACTION SONG

Ahad, September 25

Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu

Salam 1 Malaysia...berakhir sudah Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu yang diadakan pada 21 Sept 2011 di SKPP 9(2)..seperti dijangka tuan rumah merupakan Johan pertandingan dan yang tak disangka-sangka walaupun jauh di sudut hati adalah menyangka juga heheheh....Naib Johan adalah milik SKPP 11(2)...Alhamdullilah...dapat juga kami merangkul hadiah dalam karnival yang telah berjalan sejak JUN 2011 dan hanya akan berakhir pada Oktober 2011...insyallah kita berentap pula dalam pertandingan Tarian Tradisional pada 29 OKT...kami mohon doa restu para ibu bapa yang mengenali dan tidak mengenali kami mendoakan murid2 ini dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik...Insyaallah.

Hadiah disampaikan oleh Penyelaras Prasekolah Putrajaya 

Tahniah! Amira Farhana

Para peserta pertandingan.....Tahniah semua kerana mewakili rakan2 anda

Selaku guru pengiring...teringin interframe....:)

Selasa, September 20

LAWATAN KE BERYL'S CHOCALATE, PUSAT SAINS NEGARA DAN HIGH 5 BREAD TOWN

Salam 1 Malaysia, alhamdullilah program lawatan prasekolah ke KL dan Selangor telah selamat dijalankan...Terima kasih kepada semua murid-murid kerana kerjasama baik anda dan ibu bapa yang memberi kami kepercayaan kepada kami untuk membawa anak2 tersayang melawat sambil belajar.Terima kasih banyak.





Pengiring2 merangkap dayang-dayang Pra SKPP 11(2)..terima kasih kerana menjayakan Lawatan Prasekolah pada tahun 2011. 



Berminat nak ke High5 bolehla contact http://high5breadtown.com

x banyak gambar yang boleh diambil di High5 kerana tak dibenarkan ambil...emmmm....dah prosedur nya begitu...

Masa makan......









Rabu, September 14

pertandingan bercerita bahasa inggeris

Hari ni berakhirla pertandingan bercerita Bahasa Inggeris....Akhirnya....cabarannya Hariz Iqwan masuk dan tahniahla anakku muridku jua kerana berjaya melaksanakan tugas yang diberi dengan jayanya...wlupun tidak menang alhamdullilah setakat ni kami tidak gagal menghantar peserta...

terima kasih Kak Min (PPM baru) sebab mekap dan pinjamkan mekap untuk Hariz 

senyum sebelum bertanding...

Pertandingan Kreativiti dan Estetika

Salam 1 Malaysia, pd 7 September yang lalu, satu lagi pertandingan selamat dijalankan..pertandingan kreativiti dan estetika.....pertandingan tersebut diadakan di SKPP 11(3)..kira jiran sebelah sekolah kami jela....tahniah kepada Muhaimin, Siti Zulaika, Madihah dan Umairah kerana telah menjalankan tugas dengan jayanya..menang kalah adat pertandingan...bagi cikgu kamu dah cukup menang dah...kalau ada peluang, sertaila pertandingan lagi,ini permulaan dan pengalaman pertama saja untuk kalian semua...syabas diucapkan...
gigih bekerja heheh

nila hasil mereka berempat...just nice....


Khamis, September 8

Perancangan Lawatan Kami....

Salam 1 Malaysia....hampir 2 minggu lagi tarikh lawatan tapi murid2 di kelas dah teruja sangat nk menyertainya..bukan saja murid guru pun sama dan di kesempatan ini sy selaku penyelaras dan SU program lawatan mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang telah menandatangani borang persetujuan dan membuat bayaran kepada pihak kami..Insyaallah tiada aral murid2 dapatla merasai pengalaman pembelajaran di luar kelas prasekolah dan saya faham mengapa ada ibu bapa yang tidak membenarkan anak menyertai lawatan ini namun, sepanjang perkhidmatan saya selama 5 tahun ini, inila pertama kali kelas saya seramai 3 orang murid  tidak menyertai lawatan...selalunya semua menyertainya namun apakan daya..lawatan ini pun bukan paksaan..ibu bapa berhak memberi dan tidak memberi...

sedikit info tentang lawatan kami...destinasi kami..manala tau jika ibu bapa menziarah blog ini sempat lagi jika nk berubah fikiran kan.. :)

kedai cokelat ni lebih kepada melihat pelbagai jenis cokelat...murid tidak dibenarkan masuk ke kilang tp lehla bergambar dan membeli cokelat.Oh ya, ibu bapa tidak perlu membekalkan duit kerana duit bayaran adalah termasuk untuk beli cokelat sekali...

ni destinasi ke-2....pusat sains negara....sikit2 jela nanti gambar bila dah sampai sana ok....insyaallah saya akan ambil gambar anak2 sebayak mana dan ibu bapa boleh upload saja dari sini.

ni destinasi ke-2....cerita nya lepas balik nanti sebab kalau cerita sekarang mcm x best je...semua tempat sudah mendapat pengesahan cuma surat kebenaran dari JPWP saja belum diterima..wlubagaimanapun, insyaallah tiada halangan dan jika tiada aral...19hb September kami akan sampai ke tiga2 destinasi ini...


Johan Sajak Karnival Pra Sekolah Putrajaya 2012

Tarian Rampai Tradisional Prasekolah Putrajaya

PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAM 2012 W.P PUTRAJAYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog

Pengikut