Translate

VIDEO PERINGKAT KEBANGSAAN 2013, TARIAN RAMPAI, NYANYIAN SOLO DAN ACTION SONG

Sabtu, Mac 31

Berakhir sudah Program Gotong Royong Perdana Prasekolah bagi Tahun 2012

      Salam 1 Malaysia, kami selaku pihak pengurusan prasekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa dan JK Permuafakatan Waris yang sudi hadir ke Program Gotong Royong Perdana Prasekolah SK Putrajaya Presint 11(2)  dan bersama-sama menceriakan prasekolah bagi tahun 2012.

      Program yang diadakan ini merupakan program tahunan kami dan pada tarikh 31 Mac 2012 ini merupakan program pertama di bawah pengurusan pihak prasekolah. Kami berharap program ke-2 iaitu SUKANEKA PRASEKOLAH yang akan diadakan pada 5 MEI 2012 mendapat sambutan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada ibu bapa dan pihak JK Permuafakatan Waris sekalian terutama Pengerusi En. Muhamad Rashidi B. Hj. Sabri, Timb Pengerusi En. Rizalman B. Shahbranda dan    orang kuat program En. Fizal B. Dato' Fauzi atas sokongan yang tidak berbelah bahagi dan sudi membantu kami melancarkan dan melaksanakan program pertama waris bagi tahun 2012. Semoga usaha kita diteruskan demi kecemerlangan anak-anak prasekolah SKPP11(2)

Alhamdullilah, thn lps ada perancangan untuk parents buat tanaman tp x menjadi kerana kurang sambutan tapi thn ni alhamdullilah, hasil sokongan semua dapatla taman mini untuk murid2 prasekolah disiapkan...

urusetia program

guru2 dan ppm2

sambil menanti kedatangan waris....

masih menanti......hujan pulak tu...kali ke-2 gotong royong diadakan pada musim HUJAN!

Akhirnya tepat jam 8.30am bermulala acara senamrobik kami.... :) instruktor senamrobik Puan Wan Norlelawati Bt. Wan Abd Kadir yang juga guru kaunseling di SKPP 11(2) sudi mengetuai senamrobik pada kali ini...terima kasih daun keladi, tahun depan sudi-sudikanla lagi ya..

Sebahagian kaum bapa yang hadir, sangat sporting menyertai senamrobik kami 


sebahagian kaum ibu juga sangat2 sporting, kelihatan Guru Besar Puan Norihan dan Penolong Kanan Pentadbiran Puan Rohani menyertai senamrobik kami dan memberi sokongan penuh kepada acara daripada pihak pengurusan prasekolah.






semakin rancak dan rancak...

bermulala gotong royong kami menceriakan prasekolah dan tandas dengan warna warni sukahati :)


Guru Besar dan Waris Pra En. Fizal B. Dato' Fauzi yang banyak membantu dari mula hingga akhir...tu pun masih lagi berbincang untuk mencantikkan taman prasekolah..terima kasih banyak.

Kaum bapa yang sangat sporting bekerjasama sambil beramah mesra...antara objektif gotong royong prasekolah adalah untuk menjalin siratulrahim di antara guru dan ibu bapa, ibu bapa dan ibu bapa selain untuk menceriakan kawasan di persekitaran prasekolah SKPP 11(2)/..alhamdullilah, objektif kami tercapai..




Ahad, Mac 25

Mesyuarat JK Permuafakatan Waris Prasekolah

Salam 1 Malaysia..pada 24/3/2012 (Sabtu) berlangsungnya Mesyuarat JK Waris Prasekolah kali ke-2 di Bilik Mesyuarat 1, SKPP 11(2). terima kasih kepada semua Jawatankuasa yang hadir dan sangat sporting dengan bahan agenda yang dibawa sendiri..tiada komplen dan sangat2 bekerjasama..alhamdullilah. 

Bilangan yang hadir juga walau tidak 100% tetapi menunjukkan peningkatan dari segi kehadiran berbanding pada tahun2 lalu dan diharap Jawatankuasa ini akan bersama-sama pihak pengurusan prasekolah sehingga akhir tahun dan bersama-sama melunaskan segala program yang telah dirancang.Insyaallah.
Terima kasih juga kepada Puan Norihan Bt. Karim (Guru Besar) yang sudi hadir walaupun sibuk dengan Kejohanan Road Run dan Walkhaton pada hari yang sama.Di sebelah kiri beliau, Pengerusi JK Permuafakatan Waris En. Mohd Rashidi Bin Hj. Sabri yang sangat komited dan sudi berganding bahu menggerakkan aktiviti yang dirancang.

Selasa, Mac 6

Antara kehendak guru atau keperluan murid

    Tekun menonton televisyen....agaknya ada tak ibu bapa yang merasakan 'laa.....p sekolah tgk tv je ke??' murid pun pandai, kalau cikgu tanya kenapa cikgu suruh tengok tv, dia orang akan jawab sebab cikgu nak suruh diam.....saya ingatla pernyataan ini sejak mereka berusia 4,5 tahun di tadika mana saya pun tak pastila sebab kebanyakkan mereka berumur 6 tahun maka 2 tahun ke belakang harus diambilkira juga :) jgn marah para ibu bapa ya...dan kalau tengok dari gambar ini memang betullah agaknya statement 'cikgu suruh diam'....
      Berbalik pada tajuk entri...keperluan murid vs kehendak guru...guru minta murid belajar...tapi murid nampak boring, nampak tak bersemangat..sebagai guru nampaknya pada hari2 murid kurang nak bersemangat kenalah dahulukan keperluan mereka..contohnya menonton cerita kegemaran. Walaupun makna keperluan ini lebih kepada jika tiada keperluan seperti tempat tinggal, makan dan pakai maka sukarla kehidupan ini namun tidak di sudut pandangan kanak-kanak..kadang-kadang mereka perlu mengisi keperluan mereka untuk memenuhi kehendak guru itu tadi dan hakikatnya mereka hanya memerlukan 10  hingga 15 minit maksimum di depan tv..(gambar tersebut diambil seawal 5 minit pertama) 
       Memenuhi keperluan mereka, pada akhirnya mereka akan memenuhi kehendak guru..pendapat ibu bapa pula macamana? sebenarnya jika anak pulang ke rumah dan bercerita yang dia hanya tengok tv di sekolah sebenarnya hanya seawal 10 hingga 15 minit sahaja tetapi sebaliknya mereka lupa nak cerita selepas 10 hingga 15 minit kemudian...  :)

Jumaat, Mac 2

Menu2 makan prasekolah

menu hari Rabu minggu 1

Menu hari Jumaat Minggu 3

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL TAHUN 2012

Salam 1 Malaysia...maaf terlewat update n3...namun begitu admin sangat2 berusaha untuk sentiasa kemaskini program-program terkini prasekolah SKPP 11(2) cuma kelewatan yang tidak dapat disengajakan sahaja.. :)

Sambutan Maulidur Rasul ini telah diadakan pada 17/1/2012 pada hari Jumaat yang lalu...namun prasekolah tidak terlibat dalam perarakan atas faktor keselamatan, namun begitu dari segi makan dan minum, pihak sekolah telah bermurah hati menyediakan untuk murid-murid seramai 75 orang. Pada hari tersebut juga, telah diadakan pertandingan mewarna untuk murid-murid prasekolah dan hadiah telah disampaikan pada hari Isnin berikutnya cuma gambar-gambar penyampaian hadiah akan dimasukkan selepas ini yek...:)

tekun bersaing sesama sendiri..syabas!!


Johan Sajak Karnival Pra Sekolah Putrajaya 2012

Tarian Rampai Tradisional Prasekolah Putrajaya

PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAM 2012 W.P PUTRAJAYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog

Pengikut