Salam 1 Malaysia, pada 22 hb Februari yang lalu, program marilah memberus gigi sayang selesai dijalankan oleh jururawat dari Klinik Kesihatan Putrajaya. Pelbagai aktiviti dilaksanakan seperti menonton video penjagaan gigi dan taklimat menjaga gigi sihat. Selesai menonton video, murid diberi peluang memeriksa gigi rakan maisng-masing sambil diawasi oleh jururawat bertugas. Sebelum program berakhir, murid beramai-ramai melakukan aktiviti memberus gigi dengan cara yang betul dan dibekalkan dengan berus gigi baru oleh pihak klinik kesihatan.
tekun menonton video
jururawat membimbing murid memeriksa gigi rakan
membantu meletak ubat gigi pada barus gigi murid
demonstrasi menggosok gigi. Abaikan yang 4 orang di belakang ya :)
akhir sekali macam biasa...mestilah gambar Cikgu-cikgu dan PPM-PPM sekalian...
sekian... :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan