Translate

VIDEO PERINGKAT KEBANGSAAN 2013, TARIAN RAMPAI, NYANYIAN SOLO DAN ACTION SONG

Jumaat, Julai 8

FLORIA PUTRAJAYA 2011

Salam 1 Malaysia, pagi tadi berlangsungnya pertandingan mewarna kategori prasekolah di Floria Putrajaya. Mula jam 9.30 dan berakhir pada jam 11 pagi..sekolah hantar 5 peserta tapi di saat akhir seorang peserta tak muncul...emmm...nk buat macamana...apa pun terima kasih pada yang ibu bapa yang sudi membawa anak masing-masing ke tapak pertandingan kerana cikgu tidak dapat sediakan pengangkutan untuk mereka. Selesai mewarna..murid boleh pulang dan keputusan akan diumumkan kepada sekolah masing-masing.
Mardiah dan Humairah.....entah kenapa Humairah mewarna latar belakang dulu..takpela yang oi...Mardiah (kanan) nampak tenang je...

Dalam sibuk mengiring mereka ni, sehari sebelum ni sekolah terlibat dengan pertandingan floria baquet......sempatla ambil gambar design sekolah kami..inila floria baquet kami tetapi bangga juga dengan kerajinan cikgu2 ni demi menjayakan floria putrajaya 2011 ni...
Cantik juga ....

lupa sekolah mana tapi logo besarnya menarik perhatian

semua pertandingan diadakan di sini....boleh dikatakan dari tempat letak kereta tu berpeluhla juga

ni pun lupa nak catat sekolah mana tapi terasa romantik tengok hiasanya...


Sukanria Prasekolah 2011

Penyampaian hadiah oleh PK KOKO En. AB Sidek..


Salam 1 Malaysia....akhirnya berakhir sukanria prasekolah untuk tahun 2011 ini..Jika ibu bapa membaca blog kami, ingin kami nyatakan di sini bahawa sukan prasekolah tidak dapat 'bersama' sukan sekolah atas sebab2 tertentu dan esok (9 Julai 2011)...beberapa murid prasekolah juga terlibat dengan acara mewarna di Floria Putrajaya. Di samping itu, prasekolah turut terikat dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang oleh pihak JPWP hingga bulan 10. Walaubagaimanapun, pihak prasekolah ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa yang tidak henti menyokong prasekolah permata hatiku...

macam warrior plak ek...dengan topeng mengikut warna...bukan main suka diorang semua

walaupun prasekolah saja tapi kerana 3 kelas..meriahla jugak..insyaallah pada tahun depan, sukanria prasekolah akan disertai oleh semua ibu bapa..insyaallah..

Gelagat sementara menanti acara dimulakan

Acara rebut kerusi oleh guru, ppm dan wakil murid setiap kelas...



Cikgu Azira yang sarat sanggup bermain bersama-sama murid...baik2 cikgu..heheh

siapa x dapat duduk???

Akhirnya Muhaimin menang! dari kelas Jasmin...



Johan Sajak Karnival Pra Sekolah Putrajaya 2012

Tarian Rampai Tradisional Prasekolah Putrajaya

PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAM 2012 W.P PUTRAJAYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog

Pengikut