Translate

VIDEO PERINGKAT KEBANGSAAN 2013, TARIAN RAMPAI, NYANYIAN SOLO DAN ACTION SONG

Khamis, Disember 29

TAKLIMAT DAN ORIENTASI PRA

Salam 1 Malaysia, alhamdullilah sesi taklimat dan orientasi prasekolah SK Putrajaya Presint 11(2) telah selamat diadakan dengan jayanya.. Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa kerana sudi meluangkan masa menghadiri sesi taklimat kami dan memberi kerjasama yang amat baik sepanjang majlis dijalankan. 
Aktiviti  kumpulan....semua murid menunjukkan minat dan meberi kerjasama yang baik ketika sesi orientasi dijalankan. 

Aktiviti kumpulan perempuan...sangat menggalakkan dan mengujakan  :)

Terima kasih kepada ibu bapa yang sudi meluangkan masa bersama-sama kami...terima kasih daun keladi..ada program, jemput ikut lagi :)

Puan Norihan Bt. Karim Guru Besar SK Putrajaya Presint 11(2) sedang memberi taklimat dan peringatan kepada ibu bapa tentang pendaftaran tahun 1 bagi tahun 2013.

Ibu bapa khusyuk mendengar penerangan dan taklimat.


Cikgu Marlina (penyelaras prasekolah) :) maaf jika ada terkasar bahasa...terlajak perbuatan..mohon ampun dan maaf.


Ucapan oleh Pengerusi JK Permuafakatan Prasekolah bagi tahun 2012..Terima kasih Encik Muhamad Rashidi B. Hj. Sabri kerana sudi dilantik sebagai pengerusi bagi tahun 2012.


Barisan Guru-guru prasekolah.. dari kiri Cikgu Norhartini, Cikgu Noorazira dan Cikgu Marlina

Penolong kanan Kokurikulum Encik Mustapha B. Sulaiman. Terima kasih kerana meluangkan masa memberi taklimat dan bersama-sama kami ketika majlis berjalan.

Barisan Pembantu Pembantu Pengurusan Murid. Dari kiri Puan Azializa, Puan Aminah dan Puan Mazni.


Johan Sajak Karnival Pra Sekolah Putrajaya 2012

Tarian Rampai Tradisional Prasekolah Putrajaya

PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAM 2012 W.P PUTRAJAYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog

Pengikut