Translate

VIDEO PERINGKAT KEBANGSAAN 2013, TARIAN RAMPAI, NYANYIAN SOLO DAN ACTION SONG

Selasa, Februari 26

PERSEMBAHAN TEATER BERCERITA SEMPENA MINGGU PANITIA B

Salam 1 Malaysia, alhamdullilah, persembahan pertama murid prasekolah sempena minggu Bahasa Malaysia telah selamat dijalankan..murid-murid dapat mempersembahkan persembahan dengan baik dan yakin, kesemua murid yang terpilih adalah terdiri dari murid kelas Alamanda, Ixora dan Jasmin. Mereka mempersembahkan teater bercerita Anak Bintang Mencari Ibunya pada perhimpunan pagi hari Isnin 25 Februari 2013.

Murid-murid prasekolah sedang membuat persembahan. 


Persembahan disertai oleh Nur Farhana Alesya, Muhammad Asyraf,  Adlyn  Darwisyah,  Nur Zahira, Nur Adlina, Irfan Hakimi, Nur Afiqah, Nur Hanan, Tasnim dan Nureen Nasihin.
Guru-guru bersedia untuk membuat persembahan.

Sabtu, Februari 23

Persembahan Tarian sempena Mesy Agong PIBG

Salam 1 Malaysia...hrni, prasekolah terlibat dalam Mesy Agong PIBG untuk membuat persembahan tarian sempena perasmian..Albamdullilah, murid prasekolah seramai 3 orang dapat menjalankan tugas yang diberi walaupun latihan hanya 2 hari saja. Terima kasih juga kepada semua terlibat iaitu mantan penari cilik tahun 2011 dan 2012..terima kasih kepada ibu bapa yang membenarkan anak-anak mengambil bahagian dalam acara ini..terima kasih daun keladi, lain kali boleh sertai lagi.






Parogram Marilah Memberus Gigi Sayang

Salam 1 Malaysia, pada 22 hb Februari yang lalu, program marilah memberus gigi sayang selesai dijalankan oleh jururawat dari Klinik Kesihatan Putrajaya. Pelbagai aktiviti dilaksanakan seperti menonton video penjagaan gigi dan taklimat menjaga gigi sihat. Selesai menonton video, murid diberi peluang memeriksa gigi rakan maisng-masing sambil diawasi oleh jururawat bertugas. Sebelum program berakhir, murid beramai-ramai melakukan aktiviti memberus gigi dengan cara yang betul dan dibekalkan dengan berus gigi baru oleh pihak klinik kesihatan.

tekun menonton video

jururawat membimbing murid memeriksa gigi rakan

membantu meletak ubat gigi pada barus gigi murid

demonstrasi menggosok gigi. Abaikan yang 4 orang di belakang ya :) 

akhir sekali macam biasa...mestilah gambar Cikgu-cikgu dan PPM-PPM sekalian...
sekian... :)

Jumaat, Februari 8

Salam 1 Malaysia, pada 8 Februari 2013, selesai Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SK Putrajaya Presint 11(2). Alhamdullilah, majlis berjalan dengan lancar walaupun cuaca yang agak mendung pada hari tersebut. Terima kasih diucapkan kepada para ibu bapa yang memberi kerjasama baik dalam menjalankan aktiviti tersebut. Tahun ini merupakan tahun pertama, Murid Prasekolah menyertai perarakan Maulidur Rasul.

Sebahagian murid dari kelas Alamanda...

Sebahagian murid dari kelas Jasmin, 

Sebahagian murid dari kelas Ixora. 


Kesimpulannya, murid prasekolah memberi kerjasama yang amat baik ketika berarak mengelilingi perkarangan sekolah. Alhamdullilah dan terima kasih.

Johan Sajak Karnival Pra Sekolah Putrajaya 2012

Tarian Rampai Tradisional Prasekolah Putrajaya

PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAM 2012 W.P PUTRAJAYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog

Pengikut