Translate

VIDEO PERINGKAT KEBANGSAAN 2013, TARIAN RAMPAI, NYANYIAN SOLO DAN ACTION SONG

Sabtu, Julai 21

JOHAN PERTANDINGAN BINTANG IDOL 2012

Salam satu Malaysia, pada 18/7/2012, sekali lagi prasekolah terlibat dengan Karnival Mini Prasekolah W.P Putrajaya. Pada kali ini, acara yang dipertandingkan adalah Bintang Idol dan Pakaian Beragam. Alhamdullilah, bersyukur kepada Allah, kerana kemenangan akhirnya diraih oleh SKPP 11(2) apabila kita menjadi Johan dalam acara Bintang Idol. Pertandingan Bintang Idol diwakili oleh  Nur Ruqaiyah Zahrah Bt. Rohiman...satu lagi pertandingan iaitu Pakaian Beragam diwakili oleh Fakhrul Danish Bin Hashan yang berjaya mendapat saguhati dan berjaya juga mempersembahkan pakaian beruniform dengan baik.Tahniah kepada kedua-dua peserta.

Johan Bintang Idol 2012, Nur Ruqaiyah Zahra Binti Rohiman

Fakhrul Danish Bin Hashan

Guru-guru dan PPM yang mengiring murid dari awal hingga akhir.



Ribuan terima kasih kepada Puan Lucy (ibu Stefenna) yang sudi meluangkan masa mendandan rambut Nur Ruqaiyah Zahra sebelum pertandingan bermula..

Rabu, Julai 18

SAMBUTAN HARI LAHIR KE-2 DAN JAMUAN SEMPENA RAMADHAN


Salam 1 Malaysia...sebelum Ramadhan bermula, sempatla kami menyelesaikan dua tugasan penting..iaitu Sambutan Hari lahir dan Pertandingan Bintang Idol dan Pakaian Beragam. Bagi Sambutan Hari Lahir dan Jamuan Sempena Ramadhan..ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua ibu bapa yang menjayakan majlis kami, sudi mengikut tema yang diminta dan sangat sporting menjayakan game yang disediakan..tanpa anda siapalah kami dan beribu ucapan maaf juga sekiranya ada keterlanjuran bahasa, perbuatan dan cacat cela semasa majlis dijalankan...kami amat berbesar hati dan besar juga harapan kami agar ibu bapa sekalian masih 'dekat di hati' kami dan masih sudi menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh prasekolah selepas ini..Terima kasih.

Kek yang disediakan oleh pihak kami......untuk makluman, kek ditempah daripada ibu murid Aimi Batrisyia...murid kelas Ixora.

pra persembahan daripada Yaya yang akan mewakili Pertandingan Bintang Idol Prasekolah Putrajaya.

Antara tetamu yang hadir....terima kasih kerana mengikut tema...

Iskandar dan ibunya....Terima kasih sudi datang dan memeriahkan majlis

Selaku Pengerusi JK Permuafakatan Prasekolah, En. Mohd Rashidi B. Hj Sabri dan Isteri yang sudi memenuhi undangan kami dan mengikut tema kami juga :) terima kasih di atas sokongan yang tidak berbelah bahagi sepanjang bersama kami di Prasekolah SKPP 11(2)

Arif Azani dan ibu

En. Gadafi dan Qayiem....

Antara ibu bapa yang sudi memeriahkan majlis...

Jawatankuasa kerja....terima kasih kepada semua :)

happy bila ibu happy

acara hias bapa ...sgt kagum dengan bapa2 yang sporting ini

bapa dan anak perempuannya....thumbs up!

acara ibu dan anak......

siapakah ini???

pemenang acara MUMIA

Acara Mumia juga :)

Untuk makluman, ada lebih 100 gambar yang diambil dan mohon ibu bapa yang sudi untuk ke link yang disertakan ini

Sabtu, Julai 14

KARNIVAL MINI PRASEKOLAH 2012

Salam 1 Malaysia, agak sibuk dengan pertandingan demi pertandingan dan admin berusaha untuk update blog dengan baik ya :)
Pada 4 Julai dan 11 Julai yang lalu...selesailah sudah 8 pertandingan yang diadakan di Karnival Mini Prasekolah W.P Putrajaya.. dan dari 8 pertandingan tersebut, SKPP 11(2) berjaya mendapat tempat dalam acara Mengeja Bahasa Inggeris, Bercerita Bahasa Inggeris dan Bercerita Bahasa Malaysia..alhamdullilah, berkat usaha murid , ibu bapa dan guru-guru kita berjaya memberi saingan kepada 10 buah sekolah di Putrajaya dan pada 18/7 juga terdapat 2 lagi pertandingan yang akan diadakan di SKPP 8(1) iaitu Pertandingan Bintang Idol dan Pertandingan Pakaian Beragam.
Berikut gambar-gambar sekitar pertandingan dijalankan...


Peserta Karnival Mini Prasekolah Peringkat W.P Putrajaya

Peserta Pertandingan Kreativiti dan Estetika...dari kiri Nurina Darwisyah , Wan Nur Aisyah Nadhirah, Mohd Syahmi dan  Fakhrul.

Guru-guru yang mengiringi peserta pertandingan. 

Imran B. Zainal Anuar berjaya mendapat tempat ke-3 dalam acara Mengeja Bahasa Inggeris. Tahniah dan Syabas!



Nur Adlyna Safyah dalam acara Membaca Bahasa Malaysia...

Guru-guru pengiring bergambar kenangan

Nur Adlyna Safyah berjaya mendapat tempat ke-2 dalam acara Bercerita Bahasa Inggeris..Tahniah dan Syabas!


Nur Khadeeja Humayra berjaya mendapat tempat ke-2 dalam acara Bercerita Bahasa Malaysia..Tahniah dan Syabas diucapkan.

Stefenna Hanta mewakili sekolah dalam acara Deklamasi Sajak

Nur Adlyna tersenyum menanti giliran

Nur khadeeja berdebar?

Credit to Puan L:ucy mummy Stefenna yg sanggup turun padang menyiapkan anaknya..TQVM

Penyampaian hadiah...dari Pegawai di JPWP

Para peserta bergambar kenangan...

Johan Sajak Karnival Pra Sekolah Putrajaya 2012

Tarian Rampai Tradisional Prasekolah Putrajaya

PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAM 2012 W.P PUTRAJAYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog

Pengikut