Translate

VIDEO PERINGKAT KEBANGSAAN 2013, TARIAN RAMPAI, NYANYIAN SOLO DAN ACTION SONG

Isnin, November 28

Bermulala tempah menempah t-shirt...

Salam 1 Malaysia...dugaan yang terbesar ketika ini ialah mencari pembekal t-shirt prasekolah..bukan kerana t-shirt sedia ada tak cantik, bukan juga kerana t-shirt tersebut tak menarik tapi rasanya perlu penambahbaikan untuk kelihatan smart dan sesuai dengan nama SK Putrajaya Presint 11(2)..janganla standard luar bandar mengatasi kawasan bandar pula...jika perlu bersaing maka harusla bersaing...malangnya untuk mencari pembekal yang dapat memenuhi kehendak yang ditetapkan agak sukar malah pembekal pula yang meletakkan syarat..oh tidak...jadi berbekal keyakinan 'dunia di hujung jari' operasi menggeledah telah menemukan jodoh dengan http://www.printingbaju.com/...alhamdullilah..perbincangan berjalan lancar dan dapat memenuhi kehendak.maka jika ada izin-NYA pakaian sukan akan siap awal dari jangkaan dan semestinya BERWAJAH BARU. Ibu bapa yang menziarah blog kami usah gusar akan kebarangkalian t-shirt tidak siap ya..insyaallah dan lawatla kedai kami berurusan untuk lebih yakin lagi (promosi besar-besaran).oh ya, uniform juga,janji pembekal akan siap awal harap dikotakan...sangat2 berharap tahun 2012 ni permulaan baru untuk segala-galanya.minda, suasana dan hubungan yang baik akan menjadi lebih baik di kalangan semua guru, ppm2 dan pentadbir..Insyaallah.

Jumaat, November 25

Sekitar Pra Pendaftaran Tahun 2012

Salam 1 Malaysia...pada 23 Nov 2011 yang lalu...selesai sudah pra pendaftran prasekolah kami....alhamdullilah hampir 90% yang telah mengesahkan tawaran dan membuat sebahagian bayaran keperluan murid-murid pada tahun hadapan... bayaran2 nya adalah termasuk uniform rasmi prasekolah putrajaya, t-shirt sukan, buku2 kerja,buku2 tulis...dan lain-lain..

tenaga2 kerja kami...yang sedang melayan parent, cikgu Zira, yg di sebelahnya ppm azi, ppm mazni dan ppm min...
kepada semua ibu bapa yang telah membuat pengesahan..kita akan berjumpa untuk sesi orientasi dan perlantikan JK Permuafakatan Waris pada 29 Dis 2011....Terima kasih.

Rabu, November 23

MAJLIS KONVOKESYEN KE-2 SKPP 11(2)

salam 1 Malaysia...n3 ni ikutkan dah lama tp as usual maafla baru nk update dan hari ni sebenarnya baru habis pra pendaftaran prasekolah. Alhamdullilah...hampir 90 peratus  dtg untuk pra pendaftaran dan ukur baju..terima kasih di atas kerjasama yang diberikan....tinggalkan dulu cerita pra daftar 2012..kita ke Majlis Konvokesyen gilang gemilang (heheh) prasekolah yang telah diadakan pada 10 NOV yang lalu..alhamdullilah juga berjalan lancar dan mendapat kerjasama baik dari murid-murid...semua murid ikut cakap dan patuh arahan guru maka majlis bermula dan berakhir lebih awal dari jangkaan...syukur..
kami sedia berkhidmat untuk bangsa dan negara. Mengapa kami hitam merah kerana tema pada majlis konvo kali ini ialah merah hitam dan sekiranya tahun depan mendapat kata sepakat dr ibu bapa..marila kita sama2 menetapkan tema majlis kita pada tahun depan ya :)

si kecil bawah tu semuanya flower girl bidan terjun heheheh...good joob 4 all of u my dear children...

kepada ibu bapa yang sudi hadir memeriahkan majlis kami..terima kasih diucapkan dan maaf sekiranya terdapat kecacatan di sana sini..insyaallah akan lebih baik pada tahun hadapan..terima kasih sekali lagi.
persembahan tarian zapin dan endang dari penari cilik Alamanda



persembahan tanya sama pokok dr jasmin supertop artist...

para VIP..terdiri daripada Guru Besar, YDP PIBG dan PK Akademik

menanti acar penyampaian sijil tamat prasekolah


Khamis, November 10

Jamuan Hari Lahir terakhir

Wajah2 yang dpt tgk kek je...

terima kasih kepada semua ibu bapa yang menyumbang kek..6 kek kesemuanya ...


deretan kek sumbangan ibu bapa....terima kasih daun keladi ye..:)




kek2 sumbangan ibu bapa kecuali yang angry bird tu dr prasekolah

musical chair....

birthday party merangkap jamuan akhir tahun ya


Jumaat, November 4

TUAN RUMAH PERTANDINGAN MENGEJA BM

Salam 1 Malaysia, maafla sepatutnya entri ni sebelum pertandingan tarian, tetapi disebabkan beberapa perkara maka hanya sekarang entri ni masuk list..agak2nya belum lapuk lagi kot (wlupun da sebulan berlalu :).
Pertandingan mengeja bm ni diadakan di SK Putrajaya presint 11(2) pada 5 Okt 2011..dan selaku tuan rumah kita berjaya menggondol hadiah tempat ketiga yang dimenangi oleh Nur Afiqah Bt. Shamsul...suka dia...wlupun cikgu kelas berada di PD kerana mesyuarat pengurusan pra tetapi telefon penghubung bicara kan...okla, mari cuci mata dengan gambar-gambar yang diambil oleh PPM Mazni..Thanks to you mazni..

Pendaftaran peserta

Peserta dr seluruh sekolah W.P Putrajaya

Jemputan Hakim dan Guru Besar...

PPM telah bersedia dengan hadiah untuk peserta

Ini dia Nur Afiqah yang mewakili sekolah dan berjaya mendapat tempat ketiga dengan mengumpul sebanyak 54 markah..


antara juadah ringkas untuk santapan para hakim jemputan

Orang kuat SK Putrajaya Presint 11(2)...memperkenalkan GB Pn. Robiah Bt. Yahaya yang supportive awal hingga akhir....
 Orang kuat PK1 Pn Rohani Hj Ahmad...sangat2 supportive dan sporting....terima kasih kerana membantu dr awal hingga akhir..
Antara hadiah yang disediakan oleh pihak kami selaku tuan rumah


Rabu, November 2

Kenangan Persembahan Tarian Murid2 Pra SKPP 11(2)

Salam, agaknya kalau ada parents yg rajin ikut blog sekolah ni mesti tertanya-tanya..amat lambatnya cikgu ni nk post new entry ye :)...so sorry, kebelakangan ini sangat sibuk dengan pertandingan tarian yang baru saja berakhir dan persiapan untuk hr anugerah..Alhamdullilah selesai pertandingan tarian, tarik nafas legala sikit wlupun kelam kabut pula menyiapkan jemputan untuk Majlis Konvo yg akan diadakan pada 10 NOV 2011...jemputan akan diedar selewat-lewatnya esok ya :)

Selepas persembahan...banyak kenangan sebenarnya tp yg pahit dibuang jauh...yg manis je kita simpan yek..bergambar bersama PK1 yg supportive n sporting! TQ Pan Rohani
ni mekap sendiri masa persembahan hr raya..atas tu masa pertandingan..lain kan mekapnya.. 


macam artis da pulak budak2 ni ya...

Walaupun tidak berjaya mendapat tempat tp sebagai cikgu sy berbangga kerana kesemua (10 org murid) telah melaksanakan tanggungjawab dengan baik. Terima kasih juga kepada semua ibu bapa yg hadir memberi sokongan dan memeriahkan majlis ini...tambah2 bab ambil hantar semasa latihan..sangat2 dihargai..Terima kasih banyak2.


PK1 kata takde kamera, pakai laptop jela...okla tu kira high tec la juga kan :)



Penari2 lelakiku yg lambat disiapkan..cian dorg... sebab yg anak dara kena melawa dulu...







Johan Sajak Karnival Pra Sekolah Putrajaya 2012

Tarian Rampai Tradisional Prasekolah Putrajaya

PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAM 2012 W.P PUTRAJAYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog

Pengikut