Translate

VIDEO PERINGKAT KEBANGSAAN 2013, TARIAN RAMPAI, NYANYIAN SOLO DAN ACTION SONG

Ahad, Ogos 12

PEMBERIAN DUIT RAYA DAN HADIAH RAYA 2012

Salam 1 Malaysia, mohon maaf kepada ibu bapa yang menziarah blog kami..tiada n3 terbaru dan terkini sepanjang ramadhan yang mulia ini...tinggal seminggu sahaja lagi untuk kita menyambut Hari Raya Aidilfitri dan kami selaku pihak pengurusan prasekolah menyusun sepuluh jari sekira ada terkasar bahasa dan tersalah laku yang menyinggung perasaan ibu bapa sepanjang 8 bulan persekolahan bagi tahun 2012 ini. Kami juga ingin memaklumkan bahawa pada 15/8/2012 (Rabu) merupakan hari akhir persekolahan dan pada hari tersebut juga diadakan penyampaian hadiah hari raya dan duit raya kepada semua murid Prasekolah SK Putrajaya Presint 11(2). Untuk makluman juga, penyampaian hadiah untuk murid Program Cilik Puasa akan diadakan pada Sambutan Hari Raya yang akan diadakan pada September 2012. Mohon ibu bapa melengkapkan borang Cilik Puasa yang telah diedarkan pada awal Ramadhan yang lalu ya. Terima kasih.

Deretan pemberian hadiah untuk semua murid prasekolah SKPP11(2)....dengan persetujuan ibu bapa maka peruntukan makan mereka ditukarkan kepada hamper raya berbentuk beg comel ni...puas juga kami berfikir, samada dibalut atau diletak di dalam beg saja dan akhirnya setelah ditimbang tara maka keputusannya semua hadiah raya diletak di dalam beg comel ini dan kami berharap ibu bapa berpuas hati memandangkan jika menggunakan beg maka dapat juga digunakan ketika membeli belah pada hari Sabtu kan :)


susunan duit raya kepada murid-murid prasekolah....berapa? rahsiaaaaa :)

Sabtu, Julai 21

JOHAN PERTANDINGAN BINTANG IDOL 2012

Salam satu Malaysia, pada 18/7/2012, sekali lagi prasekolah terlibat dengan Karnival Mini Prasekolah W.P Putrajaya. Pada kali ini, acara yang dipertandingkan adalah Bintang Idol dan Pakaian Beragam. Alhamdullilah, bersyukur kepada Allah, kerana kemenangan akhirnya diraih oleh SKPP 11(2) apabila kita menjadi Johan dalam acara Bintang Idol. Pertandingan Bintang Idol diwakili oleh  Nur Ruqaiyah Zahrah Bt. Rohiman...satu lagi pertandingan iaitu Pakaian Beragam diwakili oleh Fakhrul Danish Bin Hashan yang berjaya mendapat saguhati dan berjaya juga mempersembahkan pakaian beruniform dengan baik.Tahniah kepada kedua-dua peserta.

Johan Bintang Idol 2012, Nur Ruqaiyah Zahra Binti Rohiman

Fakhrul Danish Bin Hashan

Guru-guru dan PPM yang mengiring murid dari awal hingga akhir.



Ribuan terima kasih kepada Puan Lucy (ibu Stefenna) yang sudi meluangkan masa mendandan rambut Nur Ruqaiyah Zahra sebelum pertandingan bermula..

Johan Sajak Karnival Pra Sekolah Putrajaya 2012

Tarian Rampai Tradisional Prasekolah Putrajaya

PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAM 2012 W.P PUTRAJAYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog

Pengikut