Translate

VIDEO PERINGKAT KEBANGSAAN 2013, TARIAN RAMPAI, NYANYIAN SOLO DAN ACTION SONG

Sabtu, September 8

PERTANDINGAN MEWARNA DI OPEN HOUSE RAYA HLISB

Salam 1 Malaysia..Ucapan tahniah dan syabas kepada semua murid-murid Prasekolah SKPP11(2) kerana menjayakan pertandingan mewarna di Hong Leong Islamic Bank Cawangan Putrajaya.Tahniah juga kepada Nur Khadeeja Humyra kerana berjaya mendapat tempat ke-2 dan Mohd Zulhaqeem berjaya mendapat tempat ke-3.

Nur Khadeeja Humyra bersama-sama hadiah yang dimenangi

Mohd Zulhaqeem Bersama hadiah tempat ke-3

Murid-murid yang menyertai tetap mendapat hadiah saguhati

Guru-guru dan PPM pengiring

Beratur mengambil hadiah saguhati 


Sangat letih..sian diaa :)


Berusaha menghabiskan 

Sila ke link https://www.facebook.com/media/set/?set=a.470686969619572.105315.100000348184137&type=1&l=dd344a1e80 untuk gambar-gambar yang lain ya. TQ

Ahad, Ogos 12

PEMBERIAN DUIT RAYA DAN HADIAH RAYA 2012

Salam 1 Malaysia, mohon maaf kepada ibu bapa yang menziarah blog kami..tiada n3 terbaru dan terkini sepanjang ramadhan yang mulia ini...tinggal seminggu sahaja lagi untuk kita menyambut Hari Raya Aidilfitri dan kami selaku pihak pengurusan prasekolah menyusun sepuluh jari sekira ada terkasar bahasa dan tersalah laku yang menyinggung perasaan ibu bapa sepanjang 8 bulan persekolahan bagi tahun 2012 ini. Kami juga ingin memaklumkan bahawa pada 15/8/2012 (Rabu) merupakan hari akhir persekolahan dan pada hari tersebut juga diadakan penyampaian hadiah hari raya dan duit raya kepada semua murid Prasekolah SK Putrajaya Presint 11(2). Untuk makluman juga, penyampaian hadiah untuk murid Program Cilik Puasa akan diadakan pada Sambutan Hari Raya yang akan diadakan pada September 2012. Mohon ibu bapa melengkapkan borang Cilik Puasa yang telah diedarkan pada awal Ramadhan yang lalu ya. Terima kasih.

Deretan pemberian hadiah untuk semua murid prasekolah SKPP11(2)....dengan persetujuan ibu bapa maka peruntukan makan mereka ditukarkan kepada hamper raya berbentuk beg comel ni...puas juga kami berfikir, samada dibalut atau diletak di dalam beg saja dan akhirnya setelah ditimbang tara maka keputusannya semua hadiah raya diletak di dalam beg comel ini dan kami berharap ibu bapa berpuas hati memandangkan jika menggunakan beg maka dapat juga digunakan ketika membeli belah pada hari Sabtu kan :)


susunan duit raya kepada murid-murid prasekolah....berapa? rahsiaaaaa :)

Johan Sajak Karnival Pra Sekolah Putrajaya 2012

Tarian Rampai Tradisional Prasekolah Putrajaya

PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAM 2012 W.P PUTRAJAYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog

Pengikut