Salam 1 Malaysia. sukacita sistem pendaftaran atas talian untuk Prasekolah dan Tahun 1 telah dibuka. Orang ramai yang berhajat untuk mendaftarkan anak ke prasekolah bagi sesi 2015 bolehla berbuat demikian. Pendaftaran dibuka sehingga bulan Julai 2014. Di kanan bar juga terdapat link untuk ke website tersebut. Harap maklum.
BORANG KEMASUKAN PRASEKOLAH 2016
Translate
VIDEO PERINGKAT KEBANGSAAN 2013, TARIAN RAMPAI, NYANYIAN SOLO DAN ACTION SONG
Memaparkan catatan dengan label pendaftaran dan orientasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pendaftaran dan orientasi. Papar semua catatan
Isnin, Mac 24
Sabtu, Disember 28
Sabtu, Disember 29
TALIMAT, ORIENTASI DAN PERLANTIKAN JK PERMUAFAKATAN WARIS 2013
Salam 1 Malaysia, selesai sudah Taklimat, Orientasi dan Perlantikan JK Permuafakatan Waris 2013 bagi tahun ini. Terima kasih tidak terhingga kepada semua ibu bapa yang sudi hadir dan bersama kami hingga ke akhirnya..Insha Allah jumpa lagi pada 2 Januari 2013...
Barisan wajah baru JK Permuafakatan Waris Prasekolah 2013. Semoga jalinan ukhwah di antara Pihak pengurusan prasekolah dengan JK Permuafakatan Waris Prasekolah 2013 akan memantapkan lagi aktiviti-aktiviti yang dirancang sepanjang tahun 2013. Terima kasih.
Aktiviti semasa di dalam kelas...alhamdullilah murid memberikan kerjasama yang baik sepanjang berada di dalam kelas.
JK Kerja...guru2 dan PPM2
Ibu bapa yang sudi menanti dan menunggu hingga sesi taklimat berakhir
terima kasih kerana sabar menanti
Barisan mantan JK Permuafakatan Waris Prasekolah 2012...terima kasih kerana sudi hadir untuk majlis penyampaian sijil penghargaan.
kaum ibu yang merupakan mantan JK Permuafakatan Waris yang sentiasa sudi memberi kerjasama yang baik kepada pihak prasekolah.
Isnin, Januari 2
Khamis, Disember 29
TAKLIMAT DAN ORIENTASI PRA
Salam 1 Malaysia, alhamdullilah sesi taklimat dan orientasi prasekolah SK Putrajaya Presint 11(2) telah selamat diadakan dengan jayanya.. Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa kerana sudi meluangkan masa menghadiri sesi taklimat kami dan memberi kerjasama yang amat baik sepanjang majlis dijalankan.
![]() |
| Aktiviti kumpulan....semua murid menunjukkan minat dan meberi kerjasama yang baik ketika sesi orientasi dijalankan. |
Aktiviti kumpulan perempuan...sangat menggalakkan dan mengujakan :)
Terima kasih kepada ibu bapa yang sudi meluangkan masa bersama-sama kami...terima kasih daun keladi..ada program, jemput ikut lagi :)
![]() |
| Puan Norihan Bt. Karim Guru Besar SK Putrajaya Presint 11(2) sedang memberi taklimat dan peringatan kepada ibu bapa tentang pendaftaran tahun 1 bagi tahun 2013. |
Ibu bapa khusyuk mendengar penerangan dan taklimat.
Cikgu Marlina (penyelaras prasekolah) :) maaf jika ada terkasar bahasa...terlajak perbuatan..mohon ampun dan maaf.
Ucapan oleh Pengerusi JK Permuafakatan Prasekolah bagi tahun 2012..Terima kasih Encik Muhamad Rashidi B. Hj. Sabri kerana sudi dilantik sebagai pengerusi bagi tahun 2012.
Barisan Guru-guru prasekolah.. dari kiri Cikgu Norhartini, Cikgu Noorazira dan Cikgu Marlina
Penolong kanan Kokurikulum Encik Mustapha B. Sulaiman. Terima kasih kerana meluangkan masa memberi taklimat dan bersama-sama kami ketika majlis berjalan.
Barisan Pembantu Pembantu Pengurusan Murid. Dari kiri Puan Azializa, Puan Aminah dan Puan Mazni.
Rabu, Disember 21
T-shirt dan uniform
salam 1 malaysia, lama tak bersiaran kan..tuntutan tugas yang tak pernah berhenti.wlaubagaimanapun, insyaallah sy akan cuba update makluman terbaru dan terkini ye.alhamdullilah pakaian prasekolah siap pada masanya.ibu bapa boleh mengambil pakaian anak jagaan masing2 BERMULA PADA 22/12/11 (Khamis) pada waktuu pejabat.
deretan pakaian yg telah siap disusun mengikut saiz.
Isnin, November 28
Bermulala tempah menempah t-shirt...
Salam 1 Malaysia...dugaan yang terbesar ketika ini ialah mencari pembekal t-shirt prasekolah..bukan kerana t-shirt sedia ada tak cantik, bukan juga kerana t-shirt tersebut tak menarik tapi rasanya perlu penambahbaikan untuk kelihatan smart dan sesuai dengan nama SK Putrajaya Presint 11(2)..janganla standard luar bandar mengatasi kawasan bandar pula...jika perlu bersaing maka harusla bersaing...malangnya untuk mencari pembekal yang dapat memenuhi kehendak yang ditetapkan agak sukar malah pembekal pula yang meletakkan syarat..oh tidak...jadi berbekal keyakinan 'dunia di hujung jari' operasi menggeledah telah menemukan jodoh dengan http://www.printingbaju.com/...alhamdullilah..perbincangan berjalan lancar dan dapat memenuhi kehendak.maka jika ada izin-NYA pakaian sukan akan siap awal dari jangkaan dan semestinya BERWAJAH BARU. Ibu bapa yang menziarah blog kami usah gusar akan kebarangkalian t-shirt tidak siap ya..insyaallah dan lawatla kedai kami berurusan untuk lebih yakin lagi (promosi besar-besaran).oh ya, uniform juga,janji pembekal akan siap awal harap dikotakan...sangat2 berharap tahun 2012 ni permulaan baru untuk segala-galanya.minda, suasana dan hubungan yang baik akan menjadi lebih baik di kalangan semua guru, ppm2 dan pentadbir..Insyaallah.
Jumaat, November 25
Sekitar Pra Pendaftaran Tahun 2012
Salam 1 Malaysia...pada 23 Nov 2011 yang lalu...selesai sudah pra pendaftran prasekolah kami....alhamdullilah hampir 90% yang telah mengesahkan tawaran dan membuat sebahagian bayaran keperluan murid-murid pada tahun hadapan... bayaran2 nya adalah termasuk uniform rasmi prasekolah putrajaya, t-shirt sukan, buku2 kerja,buku2 tulis...dan lain-lain..
tenaga2 kerja kami...yang sedang melayan parent, cikgu Zira, yg di sebelahnya ppm azi, ppm mazni dan ppm min...
kepada semua ibu bapa yang telah membuat pengesahan..kita akan berjumpa untuk sesi orientasi dan perlantikan JK Permuafakatan Waris pada 29 Dis 2011....Terima kasih.
Jumaat, Disember 31
SESI PENDAFTARAN PRASEKOLAH PERMATA HATIKU
Ibu Bapa sabar menanti sesi taklimat dan lantikan JK Permuafakatan Waris bagi Tahun 2011. Kami mengucapkan ribuan terima kasih dengan kerjasama ibu bapa sepanjang sesi pendaftaran berlangsung..Sekiranya terdapat kelemahan di sepanjang proses tersebut kami memohon maaf dan insyaallah akan memperbaikinya pada masa akan datang...
Lantikan JK Permuafakatan Waris sedang berlangsung...
Tunggu kemasukan 2017 yea..:)
Langgan:
Catatan (Atom)
























