Translate

VIDEO PERINGKAT KEBANGSAAN 2013, TARIAN RAMPAI, NYANYIAN SOLO DAN ACTION SONG

Memaparkan catatan dengan label gotong-royong prasekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gotong-royong prasekolah. Papar semua catatan

Sabtu, April 13

Salam 1 Malaysia. Alhamdullilah, selesai sudah program gotong royong bersama waris anjuran Majlis Permuafakatan Waris Prasekolah. Majlis bermula jam 8.00 dan berakhir pada jam 12.00tengahari. Majlis dimulakan dengan ucapan Pengerusi Majlis, Bacaan doa oleh Pengerusi JK Permuafakatan Waris Prasekolah, ucapan oleh Guru Besar, Puan Hajjah Norihan Bt Karim, Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi JK Permuafakatan, Taklimat sumbangan progran tahunan oleh Naib Pengerusi dan taklimat pra prestasi oleh Penyelaras Prasekolah.
pagar taman permainan yang 'hidup' kembali.... :)



bersarapan dulu

terima kasih kepada ibu bapa yang sudi membawa makanan dan bersama-sama kami menjamu selera.

sebahagian yang sudi melapangkan masa bersama-sma kami

Guru besar, Pengerusi dan Naib Pengerusi JK Permuafakatan Waris Prasekolah 2013

bermulalah aktiviti mengecat






keterangan lanjut untuk pra prestasi selepas ini ya...admin masih letih selepas berhempas pulas mengecat pagar taman permainan. Alhamdullilah...semua pagar berjaya disiapkan..terima kasih semua :)

Sabtu, Mac 31

Berakhir sudah Program Gotong Royong Perdana Prasekolah bagi Tahun 2012

      Salam 1 Malaysia, kami selaku pihak pengurusan prasekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa dan JK Permuafakatan Waris yang sudi hadir ke Program Gotong Royong Perdana Prasekolah SK Putrajaya Presint 11(2)  dan bersama-sama menceriakan prasekolah bagi tahun 2012.

      Program yang diadakan ini merupakan program tahunan kami dan pada tarikh 31 Mac 2012 ini merupakan program pertama di bawah pengurusan pihak prasekolah. Kami berharap program ke-2 iaitu SUKANEKA PRASEKOLAH yang akan diadakan pada 5 MEI 2012 mendapat sambutan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada ibu bapa dan pihak JK Permuafakatan Waris sekalian terutama Pengerusi En. Muhamad Rashidi B. Hj. Sabri, Timb Pengerusi En. Rizalman B. Shahbranda dan    orang kuat program En. Fizal B. Dato' Fauzi atas sokongan yang tidak berbelah bahagi dan sudi membantu kami melancarkan dan melaksanakan program pertama waris bagi tahun 2012. Semoga usaha kita diteruskan demi kecemerlangan anak-anak prasekolah SKPP11(2)

Alhamdullilah, thn lps ada perancangan untuk parents buat tanaman tp x menjadi kerana kurang sambutan tapi thn ni alhamdullilah, hasil sokongan semua dapatla taman mini untuk murid2 prasekolah disiapkan...

urusetia program

guru2 dan ppm2

sambil menanti kedatangan waris....

masih menanti......hujan pulak tu...kali ke-2 gotong royong diadakan pada musim HUJAN!

Akhirnya tepat jam 8.30am bermulala acara senamrobik kami.... :) instruktor senamrobik Puan Wan Norlelawati Bt. Wan Abd Kadir yang juga guru kaunseling di SKPP 11(2) sudi mengetuai senamrobik pada kali ini...terima kasih daun keladi, tahun depan sudi-sudikanla lagi ya..

Sebahagian kaum bapa yang hadir, sangat sporting menyertai senamrobik kami 


sebahagian kaum ibu juga sangat2 sporting, kelihatan Guru Besar Puan Norihan dan Penolong Kanan Pentadbiran Puan Rohani menyertai senamrobik kami dan memberi sokongan penuh kepada acara daripada pihak pengurusan prasekolah.






semakin rancak dan rancak...

bermulala gotong royong kami menceriakan prasekolah dan tandas dengan warna warni sukahati :)


Guru Besar dan Waris Pra En. Fizal B. Dato' Fauzi yang banyak membantu dari mula hingga akhir...tu pun masih lagi berbincang untuk mencantikkan taman prasekolah..terima kasih banyak.

Kaum bapa yang sangat sporting bekerjasama sambil beramah mesra...antara objektif gotong royong prasekolah adalah untuk menjalin siratulrahim di antara guru dan ibu bapa, ibu bapa dan ibu bapa selain untuk menceriakan kawasan di persekitaran prasekolah SKPP 11(2)/..alhamdullilah, objektif kami tercapai..




Khamis, April 14

JEMPUTAN KE PROGRAM GOTONG ROYONG PRA

JEMPUTAN KE PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA PRASEKOLAH 

Dijemput ibu/bapa/penjaga yang melawat blog kami ke program gotong royong yang akan diadakan pada hari sabtu ini..diharap ibu bapa sudi beramah mesra dan menyumbang makanan (kalau takde pun takpe) asalkan datang :). bagi insan lain yang ter'LAWAT' blog kami anda yang duduk berhampiran (Putrajaya) apa salahnya meramaikan kakitangan kan.....walaubagaimanapun, diharap ibu/bapa/penjaga dapat menghadiri program kami ini. Terima Kasih.

Johan Sajak Karnival Pra Sekolah Putrajaya 2012

Tarian Rampai Tradisional Prasekolah Putrajaya

PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAM 2012 W.P PUTRAJAYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog

Pengikut